Luqman (Arab: ﻟﻘﻤﺎﻥ ﺍﻟﺤﻜﻴﻢ , Luqman al-Hakim , Luqman Ahli Hikmah
) adalah orang yang disebut dalam Al-Qur’an dalam surah Luqman
[31]:12-19 yang terkenal karena nasihat-nasihatnya kepada anaknya.
Ibnu Katsir berpendapat bahwa nama panjang Luqman ialah Luqman bin
Unaqa’ bin Sadun. Sedangkan asal usul Luqman, sejumlah ulama berbeda
pendapat.
Ibnu Abbas menyatakan bahwa Luqman adalah seorang tukang kayu dari
Habsyi. Riwayat lain menyebutkan ia bertubuh pendek dan berhidung
mancung dari Nubah , dan ada yang berpendapat ia berasal dari Sudan .
Ada pula yang berpendapat Luqman adalah seorang hakim pada zaman nabi
Daud .
Kisah Luqman al-Hakim
Dikisiahkan dalam sebuah riwayat, bahwa pada suatu hari Luqman
al-Hakim telah memasuki pasar dengan menaiki seekor himar (keledai),
sedangkan anaknya mengikutinya dari belakang.
Melihat tingkah laku Luqman itu, orang-orang berkata, “Lihat itu
orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan
berjalan kaki.”
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang-orang tersebut maka
Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar
itu.
Melihat keduanya, maka orang di pasar itu berkata pula, “Lihat orang
tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh
kurang ajar anak itu.”
Setelah mendengar kata-kata itu, Luqman pun naik ke punggung himar
itu bersama anaknya. Kemudian orang-orang berkata lagi, “Lihat itu dua
orang menaiki seekor himar, mereka sungguh menyiksakan himar itu.”
Karena ia tidak suka mendengar percakapan orang, Luqman dan anaknya
turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi orang berkata, “Dua orang
berjalan kaki, dan himar itu tidak dikendarai.”
Dalam perjalanan pulang, Luqman al-Hakim menasihati anaknya mengenai sikap manusia dan ucapan-ucapan mereka. Ia berkata,
“Sesungguhnya tidak ada seseorang pun yang lepas dari ucapannya.
Maka orang yang berakal tidak akan mengambil pertimbangan kecuali kepada
Allah saja. Siapa pun yang mengenal kebenaran, itulah yang menjadi
pertimbangannya.”
Beliau pernah berpesan dan memberikan lebih dari 50 nasihat kepada anaknya. Di antaranya:
1. “Wahai anakku! Jangan engkau buang dunia ini ke bakul sampah
kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya
kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah
belaka.”
2. “Wahai anakku! Tidak ada kebaikan bagimu untuk
mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.”
mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.”
3. “Wahai anakku! Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati,
lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan
kebaikanmu terhadap orang lain.”
4. “Wahai anakku! Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT
lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara
menyebabkan dosa) kepada-Nya. Janganlah anakku undurkan melakukan taubat
, sebab kematian datangnya tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak
memberitahukannya terlebih dulu.”
5. “Wahai anakku! Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami
untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.”
6. “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT
memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk meninggalkan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.”
memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk meninggalkan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.”
7. “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu
yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada
Allah SWT dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan
terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”
8. “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan
sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu
kezaliman yang besar.”
9. “Wahai anakku, Bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya.
Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang
kufur.”
10. “Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau
selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu
tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia
tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”
11. “Wahai anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan
yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin
selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang
bernama TAKWA , isinya ialah IMAN dan Layarnya adalah TAWAKKAL kepada
Allah SWT.”
12. “Wahai anakku! Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya
untuk menerima nasihat , maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah
SWT. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain,
maka dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah SWT juga.”
13. “Wahai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai
orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang
lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada
dirimu.”
14. “Wahai anakku! Jangan engkau berjalan sombong
serta takbur , Allah SWT tidak meredai orang yang sombong dan takbur.”
serta takbur , Allah SWT tidak meredai orang yang sombong dan takbur.”
15. “Wahai anakku! Selalulah baik tutur kata dan halus
budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”
budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”
16. “Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari
kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
17. “Wahai anakku! Apabila engkau berteman , tempatkanlah dirimu
padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun
biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”
18. “Wahai anakku! Sesesiapa yang penyayang tentu akan disayangi,
sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi
racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor
tentu akan menyesal.”
19. “Wahai anakku! Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi
berilmu . Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah
hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air
hujan.”
20. “Wahai anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana
sesuatu yang menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan
yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna
bagimu, dan janganlah mensia-siakan hartamu.”
21. “Wahai anakku! Sekiranya kamu di dalam solat,
jagalah hatimu , sekiranya kamu makan, jagalah
kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu .”
jagalah hatimu , sekiranya kamu makan, jagalah
kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu .”
22. “Wahai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan
kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih
selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, berusahalah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
23. “Wahai anakku! Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.”
24. “Wahai anakku! Janganlah engkau menghantarkan orang yang tidak
cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik , sebaiknya
dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”
25. “Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka , kelak akan membinasakan dirimu.”
26. “Wahai anakku! Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah SWT.”
27. “Wahai anakku! Jauhilah bersifat dusta , sebab berbohong itu
mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja
berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”
28. “Wahai anakku! Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.”
29. “Wahai anakku! Bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana
yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap
kejadian dan urusan.”
30. “Wahai anakku! Apabila engkau mempunyai dua pilihan di antara
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk
menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung
akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada kesenangan duniawi sahaja.”
31. “Wahai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah
lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”
32. “Wahai anakku! Janganlah engkau terus menelan sahaja kerana
manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu
barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”
33. “Wahai anakku! Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk
yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat
daripada kesihatan .”
34. “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah
akal fikiran, tergendala segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk
beribadat.”
35. “Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan,
maka akan tidurlah fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah
(malas) seluruh anggota tubuhmu daripada beribadat kepada Allah SWT, dan
hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang dengan
sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir
pada jiwa.”
36. “Wahai anakku! Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang
yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan
cara meminta nasihat dari mereka.”
37. “Wahai anakku! Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan
ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu
derhaka kepada Yang Maha Berkuasa.”
38. “Wahai anakku! Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan
ibu dan ayahmu. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan
perkataan mahupun perbuatan dibenci.”
39. “Wahai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana
kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan
baja bagi tanam-tanaman.”
40. “Wahai anakku! Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri
dalam beribadat dan taat kepada Allah SWT, maka dia tawadduk kepada
Allah SWT, dia akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu berusaha
menghindarkan maksiat kepada Allah SWT.”
41. “Wahai anakku! Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya
kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya
akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.”
42. “Wahai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam
batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat
Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau
sembunyikan di dalam dadamu.”
43. “Wahai anakku! Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya
semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.”
44. “Wahai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat
batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada
semua itu adalah bilamana engkau mempunyai jiran yang jahat .”
45. “Wahai anakku! Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi,
tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada
hutang.”
46. “Wahai anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang , kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang
dan gelisah di waktu malam.”
47. “Wahai anakku! Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah
bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada
kebaikan yang amat banyak ?”
48. “Wahai anakku! Apa yang engkau menikmati di kehidupan ini
lantaran kurniaan-Nya yang penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang
melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan
serta tumbuhan yang berseri-seri.”
49. “Wahai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.”
50. “Wahai anakku! Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan
hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah
SWT bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar